Friday, August 28, 2009

CERITA BULAN PUASA



Asalamualaikummmmmmmmmmmmmm

Korang sahur x hari ni. Jgn diikut sgt mata tu. Nanti dah tengahari baru nyesal pasal apa x makan sahur. Kan dah lapor. Nasib korang le. Ada hikmah kita bersahur. Masa tu klu korang berdoa, INSYALLAH dimakbulkan. Minta le yang baik2 je. Doakan aku sekali tau. Aku nak korang doakan aku bahagia dunia hingga akhirat. Satu lagi moga dimurah rezeki. Psl apa, nanti boleh le aku ambik maid byk2. Itu namanya membantu insan lain. Psssssttt....aku nak bagi tau, maid aku yang sorang tu x leh nak harap sangat. Tak baik ngumpat bulan posa ni yea.

Ni aku nak citer...hari semalam aku balik kg mentua aku. Biasa le minggu lepas aku dah buka pose kat umah mak aku. So gilir2 le. Bukan nak cakap beso, mentua aku mmg sayang kat aku byk. Jgn jeles...Jadi aku pesan le suruh petikkan apa2 buah yang patut. Musim buah duku bebbbbbb.Balik2 dah ada satu raga duku. aku pon apa lagi mentedarah le....Kenyang le. Aku ingat dah abis...rupa2nya ada lagi. tapi itu untuk aku bawak balik.
So pagi ni aku pon kemas2 le nak balik MElaka. Anak2 aku x tolong pon. So buah duku, buah pisang, daun pisang...semua bendakalah aku angkut. Sapa x nak benda FREE.

Dah abis punggah aku pon salam2 dgn mentua aku. Anak2 aku pon salam gak. Aku terlupa nak tutup bonet kete. Aku suruh le anak aku yg sulong tutup. aku masa tu tgh nyembang2. alih2 aku tgk anak aku dok ngunyah sesuatu. aku tanya makan ke? Dgn konfident dia jawab,'Yea makan duku...' kat tgn dia ada sebijik lagi ready nak kopek. 'Kan abg long puasa.....' Terus dia luihkan duku kat dlm mulut. Psl malu punye psl terus masuk kete dan.....NANGISSSSSSSSS. Hua2...aku satu kuarga dok gelakkan. Anak2 aku yg lain lagi kecoh dok perli abg long dia.

Dalam kete dia x kata apa pon. malu besooooooooooo dia kata. Tapi aku pujuk kat dia, terlupa x apa jgn buat2 lupa.

Gambo kat atas tu adalah tentera aku. sorang aku tak leh nak tayang kat umum. Privacy.

Itu le kisah aku.

pesan ungkep:AKU X PERNAH LAK NAK JADI KES2 TERLUPA NI.AGAK2 BEST TAK?

Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA......

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....
SEMOGA ALLAH TERIMA PUASA KITA ...AMIN

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan,
yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang di sengaja mahupun yang tidak di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih, khusyuk, diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA



pesan ungkep: amalkan SAHUR walau semalas mana pon

BUAH KURMA

Salam


Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati.........be
careful of Kurma Yahudi ... Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan
tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan
di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan
luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia
dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya....dan ramai
pekerja-pekerjanya
berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk
tabung
orang-orang Yahudi.


Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para
Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah
terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam
oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.


PLEZ FOWARD...
HARI NI X DE LOYOR2 BURUK. NI BETOL2. BUKAN MAIN2.





pesan ungkep:BUKAN SEMUA KURMA TU DARI ARAB. HATI2 DALAM MEMBELI

Monday, August 17, 2009

Aku kena tag le pulakkkk

sebelum aku menceceh lebih panjang. ni aku kasi tgk gambo kucing aku plg cantik


asalamualaikum.....

Aduiii...rasa malas bangat nak jwb tag2 ni. psl aku x pernah ngeTAG pon. Tapi ngenangkan bibik aku yg sorang ni., aku gagahkan gak jari aku ni. padahal bukan takat otak dah tepu, air liur pon dah melelh keluar sendiri psl dah letih sgt. so buat dak aspa, ko tgk je le. klu boleh dpt manafaat ambik. klu dpt unsur2 khurafat buang. klu ada dpt kebaikan berlipat2. baguz2. jgn dok kata aku x pandai jwb TAG. le ni aku x pakai pon SMART TAG.






1)-Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
--> nak kena bagitau ke. klu ada berani tanya le madam aku!!

2)-How did u feel when u woke up this morning?
-->aku rasa cam nak jadi bosss yg plg baik didunia. x nak kasi keje byk2 kat bibik.(suke le dak aspa tu)

3)-Who was the latest person/people u took photo?
-->of coz anak2....

4)-Would u consider ur self spoiled?.
-->klu psl spoil2 ni dak aspa mmg geram je kat aku ni...

5)-Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?.
-->ntah le.....dolu2 nya citer malas nak ingat.

6)-Do u want someone to be dead?
--> sape le aku nakkan org lain/makhluk mati. aku doakan semoga kita hidop berbahgia.

7)-What does ur last text message say?
-->"miss called" ....ini tentu dari bini aku. nak jimat

8)-What are u thinking right now?
-->x lama lagi puasa. HINI x abis2 lagi, pilihanraya kat permatang pasir, nak basuh kete, nak basuh baju....eiiii byk bangat yg aku fikir oiiiiiiiiii

9)-Do u want someone to be with u right now?
-->nak bangat....dak aspa duduk bawah .kat kaki aku. kasut aku ni lama bebenor x lap. kilat2 sikit.

10)-What was the time u went to bed last night?
--> aku mmg tidoq lin kul 10 mlm. abis nak wat apa lagi. MENGKUREP leeeeeeeeeee

11)-Where did u buy the tee(t-shirt) u are wearing now?
--> aku keje opi mana pakai t-shirt oiiii. tapi t-shirt terakhir aku beli 3 bulan lepas kat JJ. (aku tunggu time oper je..jimattttttttttt)

12)-Is someone on ur mind right now?
-->bini dan anak2, mak, adik-beradik, mertua, ipar duai, sepupu sepapat, ayam itik, kucing aku.....x tersebut aku , byk lagi..pokok2 kat kg tu...

13)-Who was the last person who text?(tag) u?.
--> dak aspa....tapi aku rasa si lat pon ada TAG aku....nanti lat aku dok ingat2 ...klu aku lupa ko ingatkan aku le, lat yeeeeeeeeeeeee

14)-10 lucky person to do this tag?
--> yg mmg sayang dan anggap aku ni kawan dia....sila le jawab. x baik tau x ngaku kawan...



berehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. abis gak. dah puas hati ko aspa...
klu aspa sibuk tahap cipenzi..aku sibuk tahap sampai x sempat cebuk....nasib baik ada bibik yg baik hati


pesan ungkep:AKU MAKIN MALAS NAK MASUK MO DAN MASUK UMAH AKU SENDIRI. huarghhhhhhhhhhhh

Thursday, August 6, 2009

SESEKALI DIUJI....

ASALAMUALAIKUMMM

Lamanya nya aku x update umah aku ni. Nasib baik perompak yg itu hari x masuk. Byk gak harta yg aku tinggalkan kat umah ni. Aku rasa perompak tu dah x berani datang. aku dah Sumpah, saper berani masuk umah aku tanpa kebenaran...
dia akan mengidap penyakit KENTUT sampai mati. huuuuuu aloooo...cam ne tu. so beringat2 le sblm menerjah kat umah aku ni.
apa le yang aku merepek meraban ni. sebenor2nya. aku tgh x sihat ni. dah 2,3 ari dah. smlm dah g klinik. HA kata aku ok je. x demam. Yang aku musykil badan aku rasa bisa2. lutut aku ni sengal bangat. x leh nak duduk lama2. sakit yg sukar digambarkan.
Agak2 aku ni sakit apa aghhhh. ni nak tulis pon rasa x daya. tapi aku gagahkan juga demi kawan2.

okla aku dah x larat dah. doakan aku moga cepat sembuh. KALAU UMOQ AKU PANJANG KITA BERSUA KEMBALI. Klu x sedekahkan AL-FATIHAH byk2 kat aku.
bye.Wasalam.













pesan ungkep: JAGA DIRI. SEKARANG MUSIM PENYAKIT