Wednesday, August 14, 2013

pesan ungkep:

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK @ AMALAN MENANGANI ANAK YANG NAKAL

1. Baca “YA LATIFF” sebanyak 7 KALI dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tenga...h TIDUR*

 2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah MEMUJUK*

 3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak*

 4. Bila bangun pagi, PELUK anak, USAP kepalanya dan berSELAWAT sambil berniat dalam hati*

 5. Baca surah AL-FATIHAH, SURAH TAHA ayat 1 hingga 5, diikuti DOA NABI DAUD 3 KALI . Doanya ... >>>>>> “YA ALLAH, LEMBUTKAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMANYA) SEPERTIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI.". Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu*

 6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa*

 7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar*

 8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”*

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan*

 10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa*

 11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku*


No comments:

Post a Comment