Sunday, February 8, 2009



SALAM semua. Duduk sesorang teringat aku masa dulu2. Berseluar pendek. X pakai baju. Pantang ari ujan. Masa 2 le rasa main air. Waduhhhhhhhh seronok bangat aku. Padahal abah ngan mak bukan kasi main ujan pon. NANTI DEMAM. Dah nama budak2, bukan makan saman pon. Sampai biru2 bibir kena air ujan. Klu ujan lebat sikit, air parit depan umah aku mesti penoh. Apalagi.....jom berenang. Bukan tau berenang pon. Main selam2 je. Masa 2 member2 pon ada, meriah. mak abah x de umah. Kita enjoy sampai ujan berenti. Nampak kelibat abah je, cabuttttttttttt. Dah tau sat lagi mesti kena 1, 2, 3 das. X pe janji puas main air.


Tapi la ni budak2 dah untung. Dah ada kolam renang. x yah nak tunggu ujan lagi. Mak bapak lak risau. Bukan apa nak kena gak kluo modal. Dah 2 klu dah g x nak balik. Jenuh nunggu tepi kolam. Alahai.........anak2....Korang ada pengalaman mcm aku time budak2 tak. Saper yg asal bandar, aku rasa x de kot. Syukur aku dilahirkan dikampung. Byk kenangan yg klu dikenang2 rasa nak sgt back 2 future. Tapi nak buat cam mana. hanya fizikal je yg seakan2 boleh jadi budak2 balik. Contoh, rambut dah nak botak mcm bayi, gigi dah kurang, jln dah slow cam baby belajo jalan jer....dan mcm2 lagi...yg buleh lu fikir sendiri.

Thursday, February 5, 2009

Salam..

Kekadang bila kita dengar sesuatu citer 2 mcm x nak caya sgt. Tapi pagi tadi masa aku tgh sarapan, kaan aku cter psl kaan dia ,askar. member askar ni pegi tugas kat sempadan nun...3 bulan. dah kawin, anak sorang. bini kat umah jaga anak, rasa rindu, tapi nak wat cam mana jauh. kerana negara member ni rela berkorban apa saja. hatta tingal kan anak bini lamanya 3 bulan 2. klu aku waduhhhhhhhhhh.... poning kepola den. tapi member ni mmg aku respeck bangat. lps seminggu, sebulan, masa nak balik pon tiba. member ni pon bertolak dari sempadan tghari. rumah kat selatan tanahair. jadi perjalanan 2 jauh. jadi ambik masa lama. dlm perjalanan dok ingat kat anak (sikit jer), kat bini (byk....). sedor x sedor air mata (cmpor ayir lior) menitik, sedihhhhhhhh. Kawan aku citer lagi, member ni x sabor2 nak sampai umah. dia naik truck askar laaaaaaaa. jadi sampai umah dah malam. bini dah tunggu.....anak dah tidor. member pon dah ngantok, bini pon wat pura2 ngantok gak. faham2 je le 3 bulan x jumpa......(18X). bila selesai je, bini dgn rasa hairan tanya,'naper badan abang la ni makin berat?'. 'ye ker. abg rasa cam biasa jer.' 'abih naper saya rasa berat semacam jer tadi'. laki x puas hati. bangun dah bukak lampu. Rupa2nyer................. sang laki gelojoh bangat....beg sandang askar yg sebesor2 kat belakang dia x bukak lagi. 'Patut ponmnnnnnn........ x malu, abg, ni' bini dia kata.' Yg awk pon naper x sound awal2 tadi.' Saya pon sama cam abg gak, gelojoh.....'. kahkahkahkahkahkahhhhhhhhhhh. Sarap jgn x sarap.kahkahkahhhhhhhhhhhh

Monday, February 2, 2009



Setiap orang mengidamkan satu institusi perkahwinan yang sempurna. tapi lazimnya kita hanya mampu merancang hanya tuhan yang menentukan. tak guna gah masa bersanding tapi bila kita sakit, terlantar sorang2 dipembaringan. biar berpada2 dalam melakukan apa jua pekerjaan. kesederhanaan tapi secara berterusan akan membawa kepada keberkatan. kepada teman2 apa yang ingin aku pesankan adalah TIADA KEBAHAGIAN SEBENAR JIKA IA DIPEROLEHI HANYA DENGAN MEMETIK JARI UNTUK MENDAPATKANNYA. TAPI KEBAHAGIAAN AKAN AMAT DIRASAI BILA KITA PERLU BERUSAHA GIGIH UNTUK MENDAPATKANNYA. Kita tidak perlu mencari sekarung guni emas untuk membahagiakan sesorang. Tapi cukup dengan limpahan kasih sayang yang terbit dari hati yang ikhlas.