Wednesday, August 19, 2015

KEladi Ohh keladi

pesan ungkep: Setelah 6 bulan menanam keladi akhirnya...hasil dapat dituai. Puas rasanya dapat mencabut, membersih keladi yang dicabut...Macam2 jenis keladi ada, Minyak, Cina, mawar...x susah pun tanam....tp hasilnya...

Wednesday, August 14, 2013

pesan ungkep:

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK @ AMALAN MENANGANI ANAK YANG NAKAL

1. Baca “YA LATIFF” sebanyak 7 KALI dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tenga...h TIDUR*

 2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah MEMUJUK*

 3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak*

 4. Bila bangun pagi, PELUK anak, USAP kepalanya dan berSELAWAT sambil berniat dalam hati*

 5. Baca surah AL-FATIHAH, SURAH TAHA ayat 1 hingga 5, diikuti DOA NABI DAUD 3 KALI . Doanya ... >>>>>> “YA ALLAH, LEMBUTKAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMANYA) SEPERTIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI.". Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu*

 6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa*

 7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar*

 8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”*

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan*

 10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa*

 11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku*


Monday, August 12, 2013

SALAM 1MALAYSIA SATU MATLAMAT...

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI RAYA

Dalam menyambut Hari Mulia ini tersentuh juga aku dgn satu kisah keluarga.....

Seharusnya IBU/IBU MERTUA sama taraf. Tiada beza antara mereka. Namun terdapat segelintir menantu yang tidak dapat memberikan kasih saying mereka kepada IBU MERTUA sepertimana IBU sendiri.

Alangkah indahnya jika menantu tadi dapat menerima kekurangan @ kelebihan IBU MERTUA. Tidak jatuh miskin pon klu bermesra dgn Merttua. Tidak jatuh hodoh pon klu melayan mertua seperti Ibu kita sendiri.

Jgn kata perkara ini tidak wujud. Tapi semakin banyak berlaku. Peranan SUAMI amat penting dalam mendidik isteri agar tidak terlalu memnetingkan kesempurnaan. Mungkin Mertua kita ada kekurangan. Anggaplah itu sebagai satu Hikmah yang perlu kita rebut. Bukan semua orang berpeluang merasai untuk mempunyai 2 ibu.

SAYANGI LAH IBU2 ANDA . TERMASUK MERTUA..

Wednesday, November 18, 2009

Permulaan nyembang










Salam....




Dah lama aku x jengah umah aku ni. Dulu aku kata aku x kan masuk ke umah aku ni. tapi bila ada benda2 yg baik, aku rasa boleh kita share sesama....... Gambo kat atas ni masa rumah terbukak aku.....Tapi dlm gambo tu x de pon muka aku.....


Mula2 ni sikit je yg aku tulis. Lom byk idea lagi

Wednesday, October 7, 2009

Jemput Datang!!

Assalamualaikum wbt semua....

Lama tak bersua dgn kalian, rindu jgk rasa nye..
namun aku byk kerja yg membataskan utk aku berblogging wat masa skrg nih...tapi tak ape lah, ade masa aku jengah2 jgk rumah pink panther nie...hehehhe!!

Di sini aku nak wat PENGUMUMAN kat semua rakan taulan sama ada kenalan Mangga Online (MO) , kenalan Blog, silent reader, secret admirer, secret recipie.... semualah kan yg kenal dgn Ungkep nie..harap2 korang sudi dtg ke teratak saya pada :-

Tarikh : 10/10/09 (Sabtu nie tau...)

Masa :
1.30pm ~ 6.30pm

Alamat rumah aku :
No. 1, Jalan BKI 17, Tmn Bukit Katil Indah, Melaka.

Aku harap korang sudi2 kan lah hadir ke Majlis Rumah Terbuka aku ini ye....
sebarang pertanyaan..sila tinggalkan dlm komen ini....

Semoga berjumpa lagi....

Selamat Hari Raya
Maaaf Zahir Batin


pesan ungkep: bawak keluarga sekali..aku dah prepare duit raya banyak nih...heheheh!

Sunday, September 13, 2009

cATATAN TERAKHIR

ASALAMUALAIKUM SEMUA,

Rasa berat nak buat catatan kat sini. Ari ni x sama macam semalam. Aku x nak celoteh panjang2.
Buat teman blog semua ari ni mungkin ari terakhir aku disini. Mungkin kita x akan bersua d alam maya ini.
Dikesempatan ini aku ingin memohon ribuan ampun kepada semua. terutama kepada saudari NORAZAH OTHMAN. Selama ini aku banyak kutuk ko. namun tiada niat lain. itu menunjukkan mmg sikap aku cam tu. Jangan le disimpan didalam hati. Buat teman2 yang lain kenangan sepanjang aku mengenal erti MO, Blog tidak dapat aku kecapi dari mana2. MMg manis kenangan tu. Bagi mereka yang tidak pernah datang ke umah aku ini. Tapi kenal di MO sampaikan salam aku untuk semua.
Tiada kesalahan, kekesalan yang akan aku bawa bersama cuma kenangan manis/indah semasa melayari internet.
Sekali lagi buat teman2 yang dikasihi, jaga diri, jaga tata susila dan jaga adab2 sebagai muslimin/muslimah. Kita ditanya atas amalan yang dilakukan. Kita x kan ditanya atas apa yang kita harapkan.
Salam untuk semua.




pesan ungkep: MAAF DARI UJONG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI. DARI MULA KITA KENAL HINGGA DETIK INI.

Friday, September 11, 2009

KISAH BENAR

Cerita ni aku copy2 bulat dari sumber lain. Rasa2 buleh buat kita nangis sama.

Assalamulaikum semua.

lama dah tak masuk forum cari ni….satu nye sebab aku ni sedang berpantang dan tak de masa nak jenguk rumah kita nie…..

Aku start menulis nie pun sebab aku nak kongsi experience dan kesedihan bersama diatas kematian ahli keluarga baru yg sangat aku sayang…selama ni aku hanya dengar cerita ibu2 yang kematian anak atau keguguran..dan sekarang aku sendiri yg mengalaminya…ya ALLAH memang susah untuk aku menghadapinya tapi aku redha….

Seperti ibu2 hamil yg lain ..aku go on with my medical check-up seperti biasa…tapi masa kandungan aku masuk 7 bulan, gynae detected that my baby mungkin having an abnormal heart….aku tak tau cam ne si gynae aku boleh tau tapi yg aku pasti dia scan perut aku lama …nearly 30 minute…My gynae advise aku to monitor baby movement…walaupun aku macam nak pitam masa memula dapat tau…tapi sebagai umat islam aku tak patah semangat…aku bertawakal ngan bersolat hajat dan mintak doa pada Allah banyak2 setiap hari…..aku percaya satu hari nanti doa aku pasti Allah perkenankan…

sejak tu ..every 2 week aku kena gi buat medical check-up dan every time aku tanya gynae aku dia kata ..banyak2lah bertawakal…..My gynae tak dapat nak agak samada baby boleh survive masa lahir atau tidak sebab masa dalam kandungan baby dapat oxygen supply dari ibu …so…aku pun teruslah bertawakal lagi….My gynae try to fix an appointment dengan kawan dia kat IJN, tapi rezeki tak menyebelahi aku, kawan dia tak dapat dihubungi.

Pukul 6.00 pagi 25/12/2005 aku dah dapat rasa contraction yg kerap dan hubby aku cepat2 bawak aku gi Ampang Putri … dalam perjalanan aku bertawakal dan berdoa …semoga baby yg akan aku lahirkan nie sihat dan apa yang prediction gynae pada aku selama nie semua salah…

By 9:01am 25/12/2005..aku selamat bersalinkan baby boy yg comel dan montel 3.6kg…dan my gynae kata baby in good condition and can breathe on his own….alhamdullilah…mungkin doa aku dah dimakbulkan Allah…. tapi aku pulak berperang ngan maut bila aku mengalami tumpah darah yg agak teruk sampai pitam….aku rasa macam aku je yg pergi dulu dari baby …macamane pun aku redha dan bertawakal ….aku ingat Allah banyak2…dan alhamdullilah aku recover petang tu jugak…masih tak sempat nak pegang baby sebab aku tak nak banyak2 bergerak dan doctor advise supaya aku banyak relax ….

bebalik pada cerita baby …baby aku beri nama NIK MUHAMAD AQMAL yg bermaksud yg bijaksana dan aku harap baby akan menjadi seindah nama yg aku bagi….

hari kedua aku dah discharge from hospital walaupun gynae mintak aku stay lama sikit…tapi aku nak balik jugak sebab aku risaukan anak aku yg no 3, Nik Nur Aliyyah (2yrs++)…. dia rapat sgt ngan aku…bila dia tanya aku gi mane …adik2 dan maid aku akan tipu dia cakap aku pergi opis…nanti dia tak bising lagi lah…. baby still in good condition…tapi paediatrician mintak bawak baby jumpa dia 1 week from the date aku discharge…dia kata baby punya valve kat jantung tu tak terbuka...but the doctor do not advise me on how serious that was…until aku sendiri realize that bila baby aku bernafas…perut dia berlekuk sampai ke dalam … takpe nanti next appointment aku akan tanya doctor.....

So my next appointment ngan paediatrician is on 4/1/2006….masa tu baru doctor bagi tau aku yg baby aku nie menang ada something wrong ngan jantung dia …so the doctor buat appointment untuk aku dan baby jumpa paediatrician bahagian cardiologist on the 9/1/2006…. masa tu hati aku dah mula berdebar2 …tapi aku tetap cakap insyAllah baby aku sihat ….sepanjang perjalanan balik aku menangis aje..aku tengok baby aku tapi tak nampak biru atau lebam macam baby lain yg memang ade heart problem

on 9/1/2006 aku jumpa ngan paediatric cardiologist …dia scan baby aku dan confirmkan yg memang jantung baby aku ada problem …yg mane baby punya heart tak properly develop masa dalam kandungan…kalau normal human heart ada 4 rooms ..but my baby ade 21/2…so darah yg bawak oxygen dan carbon dioxide bercampur-aduk…dr tu kata baby aku Univentricular Heart….. ya Allah …masa doctor bagitau aku…rasa dunia aku ni kecik sangat…macam nak pecah jantung aku …tapi aku kuatkan semangat bila doctor akan refer aku ke IJN dan kata my baby should go under several time of operation…hati lega sikit lah ingatkan penyakit baby nie masih ade ubatnya….tapi aku heran doctor takde pulak advise aku on how to feed the baby ke atau any other circumstances yg bakal aku tempohi dalam process untuk membesarkan baby yang berproblem macam nie…
so hubby aku pun book appointment kat IJN ngan pakar cardiology kat sana….so the new appointment with IJN is on 16/2/2006 hari rabu

esoknya raya haji tapi aku takde mood nak raya…aku bermandi air mata bila dapat tahu penyakit anak aku nie…I do some research on the internet to find out tentang penyakit nie…dalam satu web tu dia cakap baby aku ada Congenital Heart Disease ….alahai kesiannya anak kecik aku nie…kecik2 lagi dah kena undergo operation…setiap kali aku teringat aku akan menagis …tapi mak aku pulak selalu ingatkan yang aku nie dalam pantang…..emmm sabar aje lah….

so life go on as usual….until hari khamis 12/1/2006..baby Aqmal asyik menangis tak tido siang malam…macam baby kena colic…bila terkentut dan sendawa baru dia boleh tido…susu pun tak berapa nak sangat…dah dua hari sakit aku pun cakap kat hubby untuk bawak baby check-up ….aku jaga baby bergilir2 ngan hubby dan mak aku…

pagi sabtu 14/1/2006 aku nak bawak baby gi jumpa doctor….tapi macam2 sangat halangan…then aku decide nak bawak baby jumpa doctor petang tu jugak….menjelang tengahari baby aku still merengek..macam tak sedap perut…aku pujuk je bagi dia diam tapi dia tak jugak berhenti menangis….susu pun tak nak sangat…petang kul 5 aku ngan hubby bawak baby jumpa doctor …sebab dia tak menyusu, tak tido dan asyik meragam…..round2 satu Ampang cari klinik pakar kanak2 tapi …ade yg tutup dan ade yg doctor nye balik rumah …aku tak nak tunggu lagi bila aku tengok baby Aqmal dah mula menangis sampai putus nafas…so aku decide nak masuk je mane2 klinik yang ade…aku gi klinik mutiara kat bukit indah..dan doctor yg rawat anak aku tu kata anak aku dah biru……dia terus buat reference letter untuk hantar anak aku kat hospital yg berhampiran…dalam kereta aku menangis bila tengok baby aku bernafas macam susah sangat dan mulut dia dah jadi biru

sampai HUKM aku pun terus bawak baby gi emengency area..kat situ baby terus masuk ke emergency ward…waktu tu aku tawakal dan aku ingatkan diri aku mungkin dah sampai masanye…aku doa banyak2 mintak2 baby back to normal….aku pujuk hati ngan cakapkan kat diri aku sendiri yg baby is ok….tapi setiap kali aku tengok doctor berlari masuk emergency ward baby aku …hati aku cemas dan air mata nie tak putus2 mengalir…dalam hati aku tak putus2 jugak berdoa kepada Allah

menangis aku tengok baby dah berwayar2 …dalam incubator lagi…masa nak transfer baby ke NICU…jantung baby stop dan aku tengok doctor bagi CPR ke baby…terpaksa tolak balik masuk emergency ward tadi….ya Allah ..masa tu tak daya rasanye nak berdiri….aku nangis dan bertawakal je masa tu…..

by pukul 8:00 malam baby aku dah dibawa ke NICU…nie ward khas untuk baby2 yg bermasalah dan tak cukup bulan…….waktu tu hanya aku dan suami aje dibenarkan masuk …

aduh…remuk hati bila tengok si kecil aku tu di cucuk ngan jarum dan mulut dan badan baby pulak berwayar2… baby Aqmal pulak breath through life support machine. ya Allah …masa tu rasa tak keruan…..kalau boleh aku nak bertukar tempat ngan baby…biar aku yg berwayar2 dan aku yg rasa sakit kena cucuk ngan jarum….hati ibu mana yang tak rasa tersentak bila setiap kali tengok anak kecik aku macam kena sawan….tersentap2 dan in a very difficulty of breathing…ya Allah….kau yg maha mengetahui….

Doctor yang bertugas tu beritahu aku dan hubby that condition baby aku aku sangat kritkal…jantung dia berhenti untuk kali yg kedua sebaik sampai saja di NICU dan darah baby dah berasid…chances very slim..but the doctor akan cuba sedaya upaya untuk stablekan keadaan baby.

sebelum aku balik rumah …dalam pukul 2:00 pagi aku masuk NICU room tu nak tengok baby…tapi dari jauh aku nampak doctor tengah kerumun baby aku ..dan aku cuma nampak yg doctor cukur rambut baby untuk dimasukkan drip. Rupa-rupanya baby aku dah stop breathing ….ya Allah….lemah lutut aku masa tu…hubby aku suruh aku keluar … my mom suruh aku balik dan rest cukup2 sebab aku masih dalam pantang lagi...ikutkan hati aku tak nak balik….

Pukul 4:30pagi 15/1/2006…hubby aku call kata baby dah berhenti bernafas lagi dan doctor buat cpr untuk selamatkan baby….ya Allah kuatkan lah semangat aku masa tu… rasa nak berlari gi HUKM jam2 tu jugak…waktu pulak bergerak lambat sangat …dan mata aku langsung tak nak lena..asyik teringatkan baby kecik aku tu…rindunya aku kat dia masa tu….tak puas rasa nye pegang dia hari nie

Aku sampai HUKM semula dalam pukul 10:00 pagi 15/1/2006…terus ke NICU untuk tengok baby dan replace my hubby ..so that my hubby leh relex sikit dan mandi ….masa tu aku tengok baby stabil tapi fully breathing using life support machine….hubby aku kata baby stabil…tapi bila aku tanya nurse …dia kata baby tak kencing atau buang air besar since masuk ICU semalam…… Kata nurse tu lagi semalam doctor bertungkus lumus mencari urat nak masukkan drip tapi doctor tak jumpa urat baby kat semua tempat baik kat kepala, tangan. Last sekali doctor jumpa satu urat kat kaki kanan itupun tak tahu berapa lama boleh bertahan….ya Allah….apa lah yg aku boleh buat…aku berdoa dan tawakal je….

Aku sempat bercakap ngan baby aku masa tu…he responded to my by squeezing my finger…..every time aku panggil nama dia…dia respond ….rasa macam cerah je masa depan…aku cakap kat baby supaya cepat2 recover dan boleh balik rumah main ngan abang dan kakak2 dia…at the sometime aku ajar baby mengucap dan sebut nama Allah banyak kali..dan aku cakap baby Aqmal ni lahir sebagai orang islam dan kalau mati pun mesti dalam islam jugak….tapi yang paling aku tak leh lupa masa baby nangis bila aku cakap mama halalkan setiap titik susu badan mama dunia dan akhirat..dan aku cakap lagi kalau Aqmal pergi dulu ..tunggu mama kat sana…apa yg pasti baby squeeze jari aku dan aku nampak baby mengalir air mata…tu lah detik yg paling tak dapat aku lupa…..ya Allah kuatkan semangat aku…..

Pukul 12:00tgh..15/1/2006…doctor in-charge panggil aku ngan hubby untuk discuss pasal baby Aqmal….According to the doctor baby have a slim change to survive and to undergo an operation is too risky….dia kata baby dah fully support by machine and kidney dia dah fail … masa tu aku tengok hubby aku menangis dan aku pulak jadi strong…then aku tanya doctor apa yg aku harus buat…doctor kata tunggu je…kalau cabut kan life support machine nie maybe baby boleh survive not longer by 2 days….ya Allah …masa tu aku tahu aku akan kehilangan Aqmal…doctor pun ada kata dia tak nak seksa baby lagi sebab urat2 badan baby dah tenggelam dan tak tau kat mana nak cucuk drip lagi….

at 1:05pm….baby Aqmal mula nazak semula…doctor bagi CPR dan aku tengok baby betul2 dah nazak …..doctor panggil aku dan hubby to be with the baby at all time ...aku panggil my PIL masuk untuk cium baby buat kali terakhir…bila mak dan abah aku sampai aku suruh diaorang jumpa dan cium baby….mak dan abah akulah org yg agak rapat ngan baby sebab sepanjang aku berpantang aku duduk rumah dia….org yg terakhir ngan baby ialah my abah..dia pun ajar baby mengucap..and by the time dia habis syahadah…the monitor shows one straight line yg menandakan baby Aqmal aku dah tak de lagi….aku tengok muka nurse …nurse tu pun menangis dan mengelengkan kepala …aku faham…dan aku redha ngan apa yg telah terjadi……

untuk kali yang terakhir aku cium baby Aqmal sepuas2 hati aku …tapi aku tak dapat nak peluk dan dukung dia puas-puas sebab badan dia penuh ngan wayar…itu lah paling aku ralatkan hingga ke hari ini…..ya Allah rindu nya aku kat Aqmal

Nik Muhamad Aqmal selamat dikebumikan pada petang 15/1/2006 selepas solat asar…

ya Allah ….aku redha ngan apa yg telah berlaku dan aku bersyukur kerana Kau pinjamkan dia untuk aku bermanja walaupun sekejap….amin

Walaupun aku hidup ngan dia cuma 21 hari aje tapi aku rindu sangat2 ngan dia…aku harap dia muncul dalam mimpi aku untuk aku peluk dan cium dia sepuas2 hati aku walaupun sekejap

“Aqmal …tunggu mama kat sana….tolong mama bila mama susah kat sana nanti ……mama rindu sangat ngan Aqmal”

Al-Fatihah


pesan ungkep:TAK TERKATA.....