Friday, April 10, 2009

MANUSIA MUDAH BERUBAH





Salam semua...Korang jangan lak panik bila tgk aku nya umah ada gambo tun M ni. ni bukan peliharaan tau. tapi ada kaitan dengan tajuk.
aku tertarik masa persidangan UM NO baru2 ni. masa nak tutup 2 tetiba2 je Tun M ni naik pentas. apa motif agh. aku cuba bersangka baik. kenapa masa dolah jadi PM dia x nak bagi nasihat ke, atau apa saja yg boleh membantu negara menghadapi krisis ekonomi. kenapa perlu tunggu hingga peralihan kuasa baru Tun M nak beri sokongan.
KATA ORANG JANGA TGK SIAPA YANG BERCAKAP TAPI DGR DAN BANTU PADA APA YANG DISAMPAIKAN.
kalau betul Tun M cinta dan sayang pada negara ini dia takan membelakangkan dolah dan membiarkannya. jika betul dolah ada buat salah atau tidak betul dalam membuat tindakan.
aku bnor2 konfius. adakah semua ahli politik sebegini. yang berjuang (kononnya) atas nama agama, bangsa dan negera. TETAPI PADA HAKIKATNYA ADALAH UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN FAMILY. tidak akan ada lagi pemimpin seperti dulu, yang boleh aku hormati. pemimpin ari ni hanya tahu cakap BERDEGOR2 kat pentas politik. tapi pernahkan mereka ini merasai kepayahan, kesulitan rakyat dipedalaman. lagi pemimpin yang mewarisi pangkat dari ahli kuarga. langsung x pernah merasa susah. macamna nak tolong org jika diri sendri x pernah mengalami.
pada aku seseorang pemimpin yang baik adalah mereka yang sentiasa meletakkan diri mereka dalam diri org yang inginkan pertolongan.
aku cakap bukan bertopengkan mana2 parti politik tetapi aku hanya ingin menyuarakan rasa kekesalan yang x terperi setelah hmpir 4 dekad aku hidup di bumi tercinta.
aku impikan/bayangkan satu hari nanti negara kita dipenuhi oleh pak menteri2 yang begitu tawaduk dan berperibdi luhur.
tapi mampukah impian ini akan tercapai. jika sekarang pon mereka yang didapati bersalah dalam gejala rasuah masih di beri kedudukan dalam sesebuah pergerakkan yang penting didalam negara ini/
MASIH ADAKAH SINAR DI BUMI TERCINTA INI.DALAM KESERONOKAN KEKADANG AKU LUPA BAHAWA AKU JUGA PERLU MENCARI ERTI SEORANG PEMIMPIN YANG BERPERIBADI TINGGI.
setiap tahun apabila diadakan SAMBUTAN MAULIDUR RASUL para pemimpin akan berkata KITA HARUS MENCONTOHI RASULULLAH, senangnya cakap tapi hakikatnya, pada sesebahagian je yang diikuti. APALAGI KLU BUKAN POLIGAMI.
dah ler..... aku klu membebel x cukup masa nanti. nanti kebosanan plk korang nak baca. tetapi sesekali serius, boleh kan.
ADIOSSSSSSSSSSSSSSSSS

Wednesday, April 1, 2009

NGOBROL-NGOBROL YOKKKK....





Waduh rasa lama bangat tidak ku titipkan apa2 di pondok aku ni. rasa mcm sunyi gitu. kata orang kLU ada rumah tapi x hias nanti jadi rumah hantu. wow! itu dah boleh join sarkas.
Aku bukan apa2 saja nak kongsi citer sikit psl haiwan2 yg aku sayang kat dunia ni. mmg byk. klu buleh aku nak bela semua haiwan kat dunia ni. bior umah aku jadi mcm zoo. bestnya. tapi nak buat cam mana umah aku kecik. setakat aku sefamily pon dah sempit.
Tapi klu diberi ruang yg luas pasti haiwan ni akan aku jadikan belaan aku... mcm kat atas 2 mmg wajib.
Tapi aku konfius gak boleh ke binatang yg lagi satu ni aku bela agh. ala yg plg atas tepi 2. nak bela bebas ke atau kurung.korang boleh beri idea x? Dah puas aku cari tempat yg sesuai utk simpan bendaklah ni. fening aku. dah 3 tahun aku dok fikir x jugak aku dapat tempat yg sesuai. klu ada idea yang baik ya teman2 buleh bagitau, ya. waduh jgn malu2 dong.tlg le aku nak letak mana tuuuuuuuuuuuuuu. nak anto kat zoo x smpi ati. kasihan. dia pon ada naluri untuk disayangi. sabor yea manja.....

Wednesday, March 25, 2009

MANUSIA TIDAK PERNAH BERSYUKUR

Mati ketika sedut lemak

KUALA LUMPUR - Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang dekat sini semalam.

Menurut doktor yang merawatnya, pengarah urusan syarikat membekal peralatan makmal itu telah muntah sebanyak tiga kali sebaik sahaja disuntik ubat pelali dan usaha menyelamatkannya selama 40 minit gagal.

Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan kerana ketika itu dia sedang menunggu di tingkat bawah klinik tersebut.

Menurut Misha, dia berasa pelik kerana perlu menunggu selama hampir empat jam dari pukul 1 tengah hari sedangkan pengalamannya menemani adik angkatnya itu mendapatkan rawatan sebelum ini tidak pernah melebihi satu jam.

"Sekitar pukul 5 petang, saya kemudian melihat beberapa jururawat turun naik dalam keadaan cemas sehinggalah saya mendesak mereka memberitahu apa yang berlaku.

"Mereka hanya meminta saya bertenang dengan alasan rawatan masih berjalan sebelum saya diminta naik ke bilik rawatan kerana doktor mahu berjumpa,'' katanya.

........Salam semua...pepagi aku dah terbaca artikel ini. kasihan ada, geram ada, marah pon ada. bak kata macam2 ada. apa nak jadi ni. klu aku tgk gambor pompuan 2 bkn main slim lagi.
korang klu nak tgk baca paper ari ni. comel gila. klu aku lom kawin mmg aku terpikat kat dia. itu pon nak buat sedut lemak lagi. bagi kaum wanita yg lain aku tau peristiwa ni x akan jadikan iktibar pon. duit byk, nak bergaya, bior dipandang cantik sentiasa. last2 nyawa melayang.
ingatlah lelaki bukan nak tgk anda cantik selalu. tapi layanan, perangai, pakaian pon kami tgk gak. x kan kami nak buat bini klu pompuannya pakai seksi2, asyik nak mkeup 2, 3 kilo bedak kat muka.
org lelaki ni wlu mcm mana jahat pon klu nak kawin mesti cari isteri impian. apa dia? YG SOLEHAH. YG BULEH MENJADI IBU YG BAIK KEPADA ANAK2 KAMI NANTI. klu dah perangai x elok....mintak maaf leye. dah sah rejects.
cantik x bawa kemana. usia meningkat kedut le dia. klu wanita 2 cucuk botok pon, muka dah mcm anak patung. takut aku tgk. klu sengih pon muka dah x de garisan. klu korang x caya ko tgk muka Rozie Rashid dlm drama MENANTU VS MERTUA. hiiiiiiiiiii...aku pon seram tgk muka dia...
membebel lak aku ni...tapi x per utk kebaikan kita semua....dah sarap ke belum... x kan makan pon nak main cucuk gak.
klu makan cucuk badak x pe..tapi jgn makan ayam cucuk..HARAMMMMMMMMMMMMM.
OK. WASALAM...

Monday, March 16, 2009

RESEPI BAIK PUNYER...

Cakap banyak pon x guna baik korang baca dan try. klu sedap bagus. klu x sedap. 2 maknanya korang mmg x tau masak. bahan2 nya korang buleh ubah ikut citarasa family masing2. ada x suka ayam, tukar le dgn gudumbu. sodap gak. asal jgn korang tukar ayam dgn ikan bilis sudah. apa2 pon selamat mengotorkan dapor korang. klu terbakar aku x tanggungjawab. lu panggil le bomba. tolongggggggggggggg.
AYAM MASAK UNGKEP
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong 8
2 sudu besar ketumbar -disangai
1/2 sudu besar jintan halus/putih-disangai
2 cm halia
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu besar cili kisar - optional
garam secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya
Cara membuat:
Tumbuk hingga lumat ketumbar dan jintan halus kemudian tumbuk pula halia, bawang merah dan bawang putih
Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan cili kisar
Tumis sehingga garing
Masukkan ayam, asam keping serta sedikit air
Renehkan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat (kepekatan kuahnya ala2 rendang gitu)
Rasakan garam secukupnya boleh lah diangkat.
Variasi: Kadang2 aku baling serai ketuk sebtng dlm masakan ni, pong sodap

Sunday, February 8, 2009



SALAM semua. Duduk sesorang teringat aku masa dulu2. Berseluar pendek. X pakai baju. Pantang ari ujan. Masa 2 le rasa main air. Waduhhhhhhhh seronok bangat aku. Padahal abah ngan mak bukan kasi main ujan pon. NANTI DEMAM. Dah nama budak2, bukan makan saman pon. Sampai biru2 bibir kena air ujan. Klu ujan lebat sikit, air parit depan umah aku mesti penoh. Apalagi.....jom berenang. Bukan tau berenang pon. Main selam2 je. Masa 2 member2 pon ada, meriah. mak abah x de umah. Kita enjoy sampai ujan berenti. Nampak kelibat abah je, cabuttttttttttt. Dah tau sat lagi mesti kena 1, 2, 3 das. X pe janji puas main air.


Tapi la ni budak2 dah untung. Dah ada kolam renang. x yah nak tunggu ujan lagi. Mak bapak lak risau. Bukan apa nak kena gak kluo modal. Dah 2 klu dah g x nak balik. Jenuh nunggu tepi kolam. Alahai.........anak2....Korang ada pengalaman mcm aku time budak2 tak. Saper yg asal bandar, aku rasa x de kot. Syukur aku dilahirkan dikampung. Byk kenangan yg klu dikenang2 rasa nak sgt back 2 future. Tapi nak buat cam mana. hanya fizikal je yg seakan2 boleh jadi budak2 balik. Contoh, rambut dah nak botak mcm bayi, gigi dah kurang, jln dah slow cam baby belajo jalan jer....dan mcm2 lagi...yg buleh lu fikir sendiri.

Thursday, February 5, 2009

Salam..

Kekadang bila kita dengar sesuatu citer 2 mcm x nak caya sgt. Tapi pagi tadi masa aku tgh sarapan, kaan aku cter psl kaan dia ,askar. member askar ni pegi tugas kat sempadan nun...3 bulan. dah kawin, anak sorang. bini kat umah jaga anak, rasa rindu, tapi nak wat cam mana jauh. kerana negara member ni rela berkorban apa saja. hatta tingal kan anak bini lamanya 3 bulan 2. klu aku waduhhhhhhhhhh.... poning kepola den. tapi member ni mmg aku respeck bangat. lps seminggu, sebulan, masa nak balik pon tiba. member ni pon bertolak dari sempadan tghari. rumah kat selatan tanahair. jadi perjalanan 2 jauh. jadi ambik masa lama. dlm perjalanan dok ingat kat anak (sikit jer), kat bini (byk....). sedor x sedor air mata (cmpor ayir lior) menitik, sedihhhhhhhh. Kawan aku citer lagi, member ni x sabor2 nak sampai umah. dia naik truck askar laaaaaaaa. jadi sampai umah dah malam. bini dah tunggu.....anak dah tidor. member pon dah ngantok, bini pon wat pura2 ngantok gak. faham2 je le 3 bulan x jumpa......(18X). bila selesai je, bini dgn rasa hairan tanya,'naper badan abang la ni makin berat?'. 'ye ker. abg rasa cam biasa jer.' 'abih naper saya rasa berat semacam jer tadi'. laki x puas hati. bangun dah bukak lampu. Rupa2nyer................. sang laki gelojoh bangat....beg sandang askar yg sebesor2 kat belakang dia x bukak lagi. 'Patut ponmnnnnnn........ x malu, abg, ni' bini dia kata.' Yg awk pon naper x sound awal2 tadi.' Saya pon sama cam abg gak, gelojoh.....'. kahkahkahkahkahkahhhhhhhhhhh. Sarap jgn x sarap.kahkahkahhhhhhhhhhhh

Monday, February 2, 2009



Setiap orang mengidamkan satu institusi perkahwinan yang sempurna. tapi lazimnya kita hanya mampu merancang hanya tuhan yang menentukan. tak guna gah masa bersanding tapi bila kita sakit, terlantar sorang2 dipembaringan. biar berpada2 dalam melakukan apa jua pekerjaan. kesederhanaan tapi secara berterusan akan membawa kepada keberkatan. kepada teman2 apa yang ingin aku pesankan adalah TIADA KEBAHAGIAN SEBENAR JIKA IA DIPEROLEHI HANYA DENGAN MEMETIK JARI UNTUK MENDAPATKANNYA. TAPI KEBAHAGIAAN AKAN AMAT DIRASAI BILA KITA PERLU BERUSAHA GIGIH UNTUK MENDAPATKANNYA. Kita tidak perlu mencari sekarung guni emas untuk membahagiakan sesorang. Tapi cukup dengan limpahan kasih sayang yang terbit dari hati yang ikhlas.