Wednesday, August 19, 2015

KEladi Ohh keladi

pesan ungkep: Setelah 6 bulan menanam keladi akhirnya...hasil dapat dituai. Puas rasanya dapat mencabut, membersih keladi yang dicabut...Macam2 jenis keladi ada, Minyak, Cina, mawar...x susah pun tanam....tp hasilnya...

Wednesday, August 14, 2013

pesan ungkep:

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK @ AMALAN MENANGANI ANAK YANG NAKAL

1. Baca “YA LATIFF” sebanyak 7 KALI dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tenga...h TIDUR*

 2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah MEMUJUK*

 3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak*

 4. Bila bangun pagi, PELUK anak, USAP kepalanya dan berSELAWAT sambil berniat dalam hati*

 5. Baca surah AL-FATIHAH, SURAH TAHA ayat 1 hingga 5, diikuti DOA NABI DAUD 3 KALI . Doanya ... >>>>>> “YA ALLAH, LEMBUTKAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMANYA) SEPERTIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI.". Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu*

 6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa*

 7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar*

 8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”*

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan*

 10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa*

 11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku*


Monday, August 12, 2013

SALAM 1MALAYSIA SATU MATLAMAT...

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI RAYA

Dalam menyambut Hari Mulia ini tersentuh juga aku dgn satu kisah keluarga.....

Seharusnya IBU/IBU MERTUA sama taraf. Tiada beza antara mereka. Namun terdapat segelintir menantu yang tidak dapat memberikan kasih saying mereka kepada IBU MERTUA sepertimana IBU sendiri.

Alangkah indahnya jika menantu tadi dapat menerima kekurangan @ kelebihan IBU MERTUA. Tidak jatuh miskin pon klu bermesra dgn Merttua. Tidak jatuh hodoh pon klu melayan mertua seperti Ibu kita sendiri.

Jgn kata perkara ini tidak wujud. Tapi semakin banyak berlaku. Peranan SUAMI amat penting dalam mendidik isteri agar tidak terlalu memnetingkan kesempurnaan. Mungkin Mertua kita ada kekurangan. Anggaplah itu sebagai satu Hikmah yang perlu kita rebut. Bukan semua orang berpeluang merasai untuk mempunyai 2 ibu.

SAYANGI LAH IBU2 ANDA . TERMASUK MERTUA..

Wednesday, November 18, 2009

Permulaan nyembang










Salam....




Dah lama aku x jengah umah aku ni. Dulu aku kata aku x kan masuk ke umah aku ni. tapi bila ada benda2 yg baik, aku rasa boleh kita share sesama....... Gambo kat atas ni masa rumah terbukak aku.....Tapi dlm gambo tu x de pon muka aku.....


Mula2 ni sikit je yg aku tulis. Lom byk idea lagi

Wednesday, October 7, 2009

Jemput Datang!!

Assalamualaikum wbt semua....

Lama tak bersua dgn kalian, rindu jgk rasa nye..
namun aku byk kerja yg membataskan utk aku berblogging wat masa skrg nih...tapi tak ape lah, ade masa aku jengah2 jgk rumah pink panther nie...hehehhe!!

Di sini aku nak wat PENGUMUMAN kat semua rakan taulan sama ada kenalan Mangga Online (MO) , kenalan Blog, silent reader, secret admirer, secret recipie.... semualah kan yg kenal dgn Ungkep nie..harap2 korang sudi dtg ke teratak saya pada :-

Tarikh : 10/10/09 (Sabtu nie tau...)

Masa :
1.30pm ~ 6.30pm

Alamat rumah aku :
No. 1, Jalan BKI 17, Tmn Bukit Katil Indah, Melaka.

Aku harap korang sudi2 kan lah hadir ke Majlis Rumah Terbuka aku ini ye....
sebarang pertanyaan..sila tinggalkan dlm komen ini....

Semoga berjumpa lagi....

Selamat Hari Raya
Maaaf Zahir Batin


pesan ungkep: bawak keluarga sekali..aku dah prepare duit raya banyak nih...heheheh!

Sunday, September 13, 2009

cATATAN TERAKHIR

ASALAMUALAIKUM SEMUA,

Rasa berat nak buat catatan kat sini. Ari ni x sama macam semalam. Aku x nak celoteh panjang2.
Buat teman blog semua ari ni mungkin ari terakhir aku disini. Mungkin kita x akan bersua d alam maya ini.
Dikesempatan ini aku ingin memohon ribuan ampun kepada semua. terutama kepada saudari NORAZAH OTHMAN. Selama ini aku banyak kutuk ko. namun tiada niat lain. itu menunjukkan mmg sikap aku cam tu. Jangan le disimpan didalam hati. Buat teman2 yang lain kenangan sepanjang aku mengenal erti MO, Blog tidak dapat aku kecapi dari mana2. MMg manis kenangan tu. Bagi mereka yang tidak pernah datang ke umah aku ini. Tapi kenal di MO sampaikan salam aku untuk semua.
Tiada kesalahan, kekesalan yang akan aku bawa bersama cuma kenangan manis/indah semasa melayari internet.
Sekali lagi buat teman2 yang dikasihi, jaga diri, jaga tata susila dan jaga adab2 sebagai muslimin/muslimah. Kita ditanya atas amalan yang dilakukan. Kita x kan ditanya atas apa yang kita harapkan.
Salam untuk semua.




pesan ungkep: MAAF DARI UJONG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI. DARI MULA KITA KENAL HINGGA DETIK INI.

Friday, September 11, 2009

KISAH BENAR

Cerita ni aku copy2 bulat dari sumber lain. Rasa2 buleh buat kita nangis sama.

Assalamulaikum semua.

lama dah tak masuk forum cari ni….satu nye sebab aku ni sedang berpantang dan tak de masa nak jenguk rumah kita nie…..

Aku start menulis nie pun sebab aku nak kongsi experience dan kesedihan bersama diatas kematian ahli keluarga baru yg sangat aku sayang…selama ni aku hanya dengar cerita ibu2 yang kematian anak atau keguguran..dan sekarang aku sendiri yg mengalaminya…ya ALLAH memang susah untuk aku menghadapinya tapi aku redha….

Seperti ibu2 hamil yg lain ..aku go on with my medical check-up seperti biasa…tapi masa kandungan aku masuk 7 bulan, gynae detected that my baby mungkin having an abnormal heart….aku tak tau cam ne si gynae aku boleh tau tapi yg aku pasti dia scan perut aku lama …nearly 30 minute…My gynae advise aku to monitor baby movement…walaupun aku macam nak pitam masa memula dapat tau…tapi sebagai umat islam aku tak patah semangat…aku bertawakal ngan bersolat hajat dan mintak doa pada Allah banyak2 setiap hari…..aku percaya satu hari nanti doa aku pasti Allah perkenankan…

sejak tu ..every 2 week aku kena gi buat medical check-up dan every time aku tanya gynae aku dia kata ..banyak2lah bertawakal…..My gynae tak dapat nak agak samada baby boleh survive masa lahir atau tidak sebab masa dalam kandungan baby dapat oxygen supply dari ibu …so…aku pun teruslah bertawakal lagi….My gynae try to fix an appointment dengan kawan dia kat IJN, tapi rezeki tak menyebelahi aku, kawan dia tak dapat dihubungi.

Pukul 6.00 pagi 25/12/2005 aku dah dapat rasa contraction yg kerap dan hubby aku cepat2 bawak aku gi Ampang Putri … dalam perjalanan aku bertawakal dan berdoa …semoga baby yg akan aku lahirkan nie sihat dan apa yang prediction gynae pada aku selama nie semua salah…

By 9:01am 25/12/2005..aku selamat bersalinkan baby boy yg comel dan montel 3.6kg…dan my gynae kata baby in good condition and can breathe on his own….alhamdullilah…mungkin doa aku dah dimakbulkan Allah…. tapi aku pulak berperang ngan maut bila aku mengalami tumpah darah yg agak teruk sampai pitam….aku rasa macam aku je yg pergi dulu dari baby …macamane pun aku redha dan bertawakal ….aku ingat Allah banyak2…dan alhamdullilah aku recover petang tu jugak…masih tak sempat nak pegang baby sebab aku tak nak banyak2 bergerak dan doctor advise supaya aku banyak relax ….

bebalik pada cerita baby …baby aku beri nama NIK MUHAMAD AQMAL yg bermaksud yg bijaksana dan aku harap baby akan menjadi seindah nama yg aku bagi….

hari kedua aku dah discharge from hospital walaupun gynae mintak aku stay lama sikit…tapi aku nak balik jugak sebab aku risaukan anak aku yg no 3, Nik Nur Aliyyah (2yrs++)…. dia rapat sgt ngan aku…bila dia tanya aku gi mane …adik2 dan maid aku akan tipu dia cakap aku pergi opis…nanti dia tak bising lagi lah…. baby still in good condition…tapi paediatrician mintak bawak baby jumpa dia 1 week from the date aku discharge…dia kata baby punya valve kat jantung tu tak terbuka...but the doctor do not advise me on how serious that was…until aku sendiri realize that bila baby aku bernafas…perut dia berlekuk sampai ke dalam … takpe nanti next appointment aku akan tanya doctor.....

So my next appointment ngan paediatrician is on 4/1/2006….masa tu baru doctor bagi tau aku yg baby aku nie menang ada something wrong ngan jantung dia …so the doctor buat appointment untuk aku dan baby jumpa paediatrician bahagian cardiologist on the 9/1/2006…. masa tu hati aku dah mula berdebar2 …tapi aku tetap cakap insyAllah baby aku sihat ….sepanjang perjalanan balik aku menangis aje..aku tengok baby aku tapi tak nampak biru atau lebam macam baby lain yg memang ade heart problem

on 9/1/2006 aku jumpa ngan paediatric cardiologist …dia scan baby aku dan confirmkan yg memang jantung baby aku ada problem …yg mane baby punya heart tak properly develop masa dalam kandungan…kalau normal human heart ada 4 rooms ..but my baby ade 21/2…so darah yg bawak oxygen dan carbon dioxide bercampur-aduk…dr tu kata baby aku Univentricular Heart….. ya Allah …masa doctor bagitau aku…rasa dunia aku ni kecik sangat…macam nak pecah jantung aku …tapi aku kuatkan semangat bila doctor akan refer aku ke IJN dan kata my baby should go under several time of operation…hati lega sikit lah ingatkan penyakit baby nie masih ade ubatnya….tapi aku heran doctor takde pulak advise aku on how to feed the baby ke atau any other circumstances yg bakal aku tempohi dalam process untuk membesarkan baby yang berproblem macam nie…
so hubby aku pun book appointment kat IJN ngan pakar cardiology kat sana….so the new appointment with IJN is on 16/2/2006 hari rabu

esoknya raya haji tapi aku takde mood nak raya…aku bermandi air mata bila dapat tahu penyakit anak aku nie…I do some research on the internet to find out tentang penyakit nie…dalam satu web tu dia cakap baby aku ada Congenital Heart Disease ….alahai kesiannya anak kecik aku nie…kecik2 lagi dah kena undergo operation…setiap kali aku teringat aku akan menagis …tapi mak aku pulak selalu ingatkan yang aku nie dalam pantang…..emmm sabar aje lah….

so life go on as usual….until hari khamis 12/1/2006..baby Aqmal asyik menangis tak tido siang malam…macam baby kena colic…bila terkentut dan sendawa baru dia boleh tido…susu pun tak berapa nak sangat…dah dua hari sakit aku pun cakap kat hubby untuk bawak baby check-up ….aku jaga baby bergilir2 ngan hubby dan mak aku…

pagi sabtu 14/1/2006 aku nak bawak baby gi jumpa doctor….tapi macam2 sangat halangan…then aku decide nak bawak baby jumpa doctor petang tu jugak….menjelang tengahari baby aku still merengek..macam tak sedap perut…aku pujuk je bagi dia diam tapi dia tak jugak berhenti menangis….susu pun tak nak sangat…petang kul 5 aku ngan hubby bawak baby jumpa doctor …sebab dia tak menyusu, tak tido dan asyik meragam…..round2 satu Ampang cari klinik pakar kanak2 tapi …ade yg tutup dan ade yg doctor nye balik rumah …aku tak nak tunggu lagi bila aku tengok baby Aqmal dah mula menangis sampai putus nafas…so aku decide nak masuk je mane2 klinik yang ade…aku gi klinik mutiara kat bukit indah..dan doctor yg rawat anak aku tu kata anak aku dah biru……dia terus buat reference letter untuk hantar anak aku kat hospital yg berhampiran…dalam kereta aku menangis bila tengok baby aku bernafas macam susah sangat dan mulut dia dah jadi biru

sampai HUKM aku pun terus bawak baby gi emengency area..kat situ baby terus masuk ke emergency ward…waktu tu aku tawakal dan aku ingatkan diri aku mungkin dah sampai masanye…aku doa banyak2 mintak2 baby back to normal….aku pujuk hati ngan cakapkan kat diri aku sendiri yg baby is ok….tapi setiap kali aku tengok doctor berlari masuk emergency ward baby aku …hati aku cemas dan air mata nie tak putus2 mengalir…dalam hati aku tak putus2 jugak berdoa kepada Allah

menangis aku tengok baby dah berwayar2 …dalam incubator lagi…masa nak transfer baby ke NICU…jantung baby stop dan aku tengok doctor bagi CPR ke baby…terpaksa tolak balik masuk emergency ward tadi….ya Allah ..masa tu tak daya rasanye nak berdiri….aku nangis dan bertawakal je masa tu…..

by pukul 8:00 malam baby aku dah dibawa ke NICU…nie ward khas untuk baby2 yg bermasalah dan tak cukup bulan…….waktu tu hanya aku dan suami aje dibenarkan masuk …

aduh…remuk hati bila tengok si kecil aku tu di cucuk ngan jarum dan mulut dan badan baby pulak berwayar2… baby Aqmal pulak breath through life support machine. ya Allah …masa tu rasa tak keruan…..kalau boleh aku nak bertukar tempat ngan baby…biar aku yg berwayar2 dan aku yg rasa sakit kena cucuk ngan jarum….hati ibu mana yang tak rasa tersentak bila setiap kali tengok anak kecik aku macam kena sawan….tersentap2 dan in a very difficulty of breathing…ya Allah….kau yg maha mengetahui….

Doctor yang bertugas tu beritahu aku dan hubby that condition baby aku aku sangat kritkal…jantung dia berhenti untuk kali yg kedua sebaik sampai saja di NICU dan darah baby dah berasid…chances very slim..but the doctor akan cuba sedaya upaya untuk stablekan keadaan baby.

sebelum aku balik rumah …dalam pukul 2:00 pagi aku masuk NICU room tu nak tengok baby…tapi dari jauh aku nampak doctor tengah kerumun baby aku ..dan aku cuma nampak yg doctor cukur rambut baby untuk dimasukkan drip. Rupa-rupanya baby aku dah stop breathing ….ya Allah….lemah lutut aku masa tu…hubby aku suruh aku keluar … my mom suruh aku balik dan rest cukup2 sebab aku masih dalam pantang lagi...ikutkan hati aku tak nak balik….

Pukul 4:30pagi 15/1/2006…hubby aku call kata baby dah berhenti bernafas lagi dan doctor buat cpr untuk selamatkan baby….ya Allah kuatkan lah semangat aku masa tu… rasa nak berlari gi HUKM jam2 tu jugak…waktu pulak bergerak lambat sangat …dan mata aku langsung tak nak lena..asyik teringatkan baby kecik aku tu…rindunya aku kat dia masa tu….tak puas rasa nye pegang dia hari nie

Aku sampai HUKM semula dalam pukul 10:00 pagi 15/1/2006…terus ke NICU untuk tengok baby dan replace my hubby ..so that my hubby leh relex sikit dan mandi ….masa tu aku tengok baby stabil tapi fully breathing using life support machine….hubby aku kata baby stabil…tapi bila aku tanya nurse …dia kata baby tak kencing atau buang air besar since masuk ICU semalam…… Kata nurse tu lagi semalam doctor bertungkus lumus mencari urat nak masukkan drip tapi doctor tak jumpa urat baby kat semua tempat baik kat kepala, tangan. Last sekali doctor jumpa satu urat kat kaki kanan itupun tak tahu berapa lama boleh bertahan….ya Allah….apa lah yg aku boleh buat…aku berdoa dan tawakal je….

Aku sempat bercakap ngan baby aku masa tu…he responded to my by squeezing my finger…..every time aku panggil nama dia…dia respond ….rasa macam cerah je masa depan…aku cakap kat baby supaya cepat2 recover dan boleh balik rumah main ngan abang dan kakak2 dia…at the sometime aku ajar baby mengucap dan sebut nama Allah banyak kali..dan aku cakap baby Aqmal ni lahir sebagai orang islam dan kalau mati pun mesti dalam islam jugak….tapi yang paling aku tak leh lupa masa baby nangis bila aku cakap mama halalkan setiap titik susu badan mama dunia dan akhirat..dan aku cakap lagi kalau Aqmal pergi dulu ..tunggu mama kat sana…apa yg pasti baby squeeze jari aku dan aku nampak baby mengalir air mata…tu lah detik yg paling tak dapat aku lupa…..ya Allah kuatkan semangat aku…..

Pukul 12:00tgh..15/1/2006…doctor in-charge panggil aku ngan hubby untuk discuss pasal baby Aqmal….According to the doctor baby have a slim change to survive and to undergo an operation is too risky….dia kata baby dah fully support by machine and kidney dia dah fail … masa tu aku tengok hubby aku menangis dan aku pulak jadi strong…then aku tanya doctor apa yg aku harus buat…doctor kata tunggu je…kalau cabut kan life support machine nie maybe baby boleh survive not longer by 2 days….ya Allah …masa tu aku tahu aku akan kehilangan Aqmal…doctor pun ada kata dia tak nak seksa baby lagi sebab urat2 badan baby dah tenggelam dan tak tau kat mana nak cucuk drip lagi….

at 1:05pm….baby Aqmal mula nazak semula…doctor bagi CPR dan aku tengok baby betul2 dah nazak …..doctor panggil aku dan hubby to be with the baby at all time ...aku panggil my PIL masuk untuk cium baby buat kali terakhir…bila mak dan abah aku sampai aku suruh diaorang jumpa dan cium baby….mak dan abah akulah org yg agak rapat ngan baby sebab sepanjang aku berpantang aku duduk rumah dia….org yg terakhir ngan baby ialah my abah..dia pun ajar baby mengucap..and by the time dia habis syahadah…the monitor shows one straight line yg menandakan baby Aqmal aku dah tak de lagi….aku tengok muka nurse …nurse tu pun menangis dan mengelengkan kepala …aku faham…dan aku redha ngan apa yg telah terjadi……

untuk kali yang terakhir aku cium baby Aqmal sepuas2 hati aku …tapi aku tak dapat nak peluk dan dukung dia puas-puas sebab badan dia penuh ngan wayar…itu lah paling aku ralatkan hingga ke hari ini…..ya Allah rindu nya aku kat Aqmal

Nik Muhamad Aqmal selamat dikebumikan pada petang 15/1/2006 selepas solat asar…

ya Allah ….aku redha ngan apa yg telah berlaku dan aku bersyukur kerana Kau pinjamkan dia untuk aku bermanja walaupun sekejap….amin

Walaupun aku hidup ngan dia cuma 21 hari aje tapi aku rindu sangat2 ngan dia…aku harap dia muncul dalam mimpi aku untuk aku peluk dan cium dia sepuas2 hati aku walaupun sekejap

“Aqmal …tunggu mama kat sana….tolong mama bila mama susah kat sana nanti ……mama rindu sangat ngan Aqmal”

Al-Fatihah


pesan ungkep:TAK TERKATA.....

Tuesday, September 8, 2009

KISAH SEMALAM

Asalamualaikum

Semalam tgh aku buat keje kat opis, tetiba je wife aku SMS kat aku. Dia kata tgh ketawa terbahak2. Aku konfius gak. Psl wife aku klu ketawa x pernah terbahak2 tapi sampai terkentut2. Ni mesti ada apa2. Klu x psl kena geletek. X pon masak nasi x tekan suis.
Aku pon dgn penoh debaran call le wife aku. Tanya apa citer. Dia pon story kat aku. Sebenornya jiran kami tgh buat ubahsuai umah. So ada 2 org pekerja dok buat keje2 tu. Dia orang dok nyimen tembok. Last2 simen x cukup. Jadi yg sorang ni pon g le beli simen kat kedai. Mamat yg sorang ni pon x de keje, masuk le dlm umah jiran aku ni. Pada hal keje ubah suai kat luar. X de kena mengena kat dalam. So wife aku pon x de le dgr apa2 lps tu.
tetiba je dgr suara pakcik anak tuan punye umah dok panggil nama mamat ni. Sekuat2 nya. dia siap gegor pagar umah lagi. pon mamat ni x bangun. lps tu pakcik tu dah penat. dia start motor dan bunyikan hon motor. pon x dgr gak. wife aku kata ada gak dalam 10 hingga 15 minit pak cik ni panggil.
Yg kelakau ni mamat ni siap bukak AIR COND lagi. tu yang hanyut semacam je. pakcik ni dah angin semacam. tido mati le, makan gaji buta le. sampai kawan mamat ni balik. so kawan ni dan pakcik ni pakat jerit kuat2 dengan ketok pintu umah mcm nak roboh. masa yu jiran2 dah berkumpul dah.Takut le kot2 dak keras kat dalam.
Mmg betol mamat ni tgh tido kat dalam. Nyaman dia kata. sampai x sedor org panggil. Sesekali dapat Air Cond lupa segala.
kawan dia kata, klu ikut hati aku, nak je aku tinggalkan ko kat dalam. pakcik tu kata, rugi le anak aku. pasl ko guna air cond dia. mamat ni mungkin dah malu dgn jiran2 aku yg lain, terus ajak member dia balik.

Agak2 entah mcm mana syok dia tido dlm umah tu. wife aku cite sampai berair2 mata.

pesan ungkep: Bior tido mati, jgn tido sampai mati.

Sunday, September 6, 2009

HUJAN

Asalamualaikum

Kalau ikutkan aku nak up date umah aku ni lepas raya. sekarang aku tgh sibuk ngecat umah, cari kayu api (nak kacau dodol), kejor ayam (ayam utan kan lior), tolong pak mail cari lembu ilang (nanti x de daging satu kampung), mak suruh cari buluh (bukan nak buat meriam laaaaaa)nak wat pelita, nak kena, nak kena, nak kena.....aduiii bayak benda yang aku kena. Sampai aku jadi serba x kena. tapi kadang2 aku terkena gak.

Melalut je aku ni. Ni teman nak cerita sikit. Pasal hujan. Bukan Band Hujan.
Aku balik kg ari sabtu ari tu. kat kg aku ramai gak anak2 dara, mak2 dara, nenek2 dara. Tapi yang ada kaitan dgn cerita aku ni bukan mereka. tapi yang pernah jadi anak dara. tapi la ni dah x berapa nak dara lagi. Kisah ibu tunggal.

Masa tu aku nyembang2 dgn mak aku,. Kebetulan ada jiran aku dtg bertandang. Aku ni mmg jenis peramah (cewahhhhhh). So dlm bual2 tu terkeluar le psl HUJAN. Aku pon kata le bagus gak hujan2 ni. Budak2 puasa x letih sangat. Klu buleh bior ari2 hujan.
Korang tau, aku jeling kat muka ibu tunggal tu. Lain macam je muka dia. Mak aku pon perasan. Ibu tunggal tu kata, klu ari2 hujan mcm mana dia nak cari makan. Dalam hati aaku, apa lak kaitan makan dgn hujan.
'AKAK KAN KEJE NYA NOREHHHHHHHH. KLU DAH ARI2 UJAN KO NAK SURUH AKAK SUAP APA KAT MULUT ANAK2 AKAK.' Aduiiii nape aku leh lupa dia keje noreh....NYOSAL aku cerita. Tapi nak buat cam mana dah aku peramah.
Aku terus tukar topik lain. Buat mcm x peranah bincang psl hujan. 'HUAJN HARI@ PON X ELOK. NANTI BULEH BANJIR', saja aku cakap nak bagi cover malu.'BANJIR KO JGN SEBUT. TKUT AKAK. UMAH DAH LE TUNGGU NAK ROBOH....MINTA DIJAUHKAN LAAA.'. adui kantoi lagi
'Tak pe le kak, mak saya nak g sembahyang dulu.' Terus aku angkat kaki....Takut salah tajuk lagi.

Moral of the story, orang2 tua nyembang jgn campor. tapi aku rasa aku dah tua. Maknanya aku muda lagi leeee. yahoooooo


pesan ungkep:Hujan ooo hujan, nape ko turun, mcm mana aku x turun, mmg aku patut turunnnn

Friday, September 4, 2009

Friday, August 28, 2009

CERITA BULAN PUASA



Asalamualaikummmmmmmmmmmmmm

Korang sahur x hari ni. Jgn diikut sgt mata tu. Nanti dah tengahari baru nyesal pasal apa x makan sahur. Kan dah lapor. Nasib korang le. Ada hikmah kita bersahur. Masa tu klu korang berdoa, INSYALLAH dimakbulkan. Minta le yang baik2 je. Doakan aku sekali tau. Aku nak korang doakan aku bahagia dunia hingga akhirat. Satu lagi moga dimurah rezeki. Psl apa, nanti boleh le aku ambik maid byk2. Itu namanya membantu insan lain. Psssssttt....aku nak bagi tau, maid aku yang sorang tu x leh nak harap sangat. Tak baik ngumpat bulan posa ni yea.

Ni aku nak citer...hari semalam aku balik kg mentua aku. Biasa le minggu lepas aku dah buka pose kat umah mak aku. So gilir2 le. Bukan nak cakap beso, mentua aku mmg sayang kat aku byk. Jgn jeles...Jadi aku pesan le suruh petikkan apa2 buah yang patut. Musim buah duku bebbbbbb.Balik2 dah ada satu raga duku. aku pon apa lagi mentedarah le....Kenyang le. Aku ingat dah abis...rupa2nya ada lagi. tapi itu untuk aku bawak balik.
So pagi ni aku pon kemas2 le nak balik MElaka. Anak2 aku x tolong pon. So buah duku, buah pisang, daun pisang...semua bendakalah aku angkut. Sapa x nak benda FREE.

Dah abis punggah aku pon salam2 dgn mentua aku. Anak2 aku pon salam gak. Aku terlupa nak tutup bonet kete. Aku suruh le anak aku yg sulong tutup. aku masa tu tgh nyembang2. alih2 aku tgk anak aku dok ngunyah sesuatu. aku tanya makan ke? Dgn konfident dia jawab,'Yea makan duku...' kat tgn dia ada sebijik lagi ready nak kopek. 'Kan abg long puasa.....' Terus dia luihkan duku kat dlm mulut. Psl malu punye psl terus masuk kete dan.....NANGISSSSSSSSS. Hua2...aku satu kuarga dok gelakkan. Anak2 aku yg lain lagi kecoh dok perli abg long dia.

Dalam kete dia x kata apa pon. malu besooooooooooo dia kata. Tapi aku pujuk kat dia, terlupa x apa jgn buat2 lupa.

Gambo kat atas tu adalah tentera aku. sorang aku tak leh nak tayang kat umum. Privacy.

Itu le kisah aku.

pesan ungkep:AKU X PERNAH LAK NAK JADI KES2 TERLUPA NI.AGAK2 BEST TAK?

Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA......

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....
SEMOGA ALLAH TERIMA PUASA KITA ...AMIN

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan,
yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang di sengaja mahupun yang tidak di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih, khusyuk, diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA



pesan ungkep: amalkan SAHUR walau semalas mana pon

BUAH KURMA

Salam


Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati.........be
careful of Kurma Yahudi ... Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan
tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan
di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan
luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia
dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya....dan ramai
pekerja-pekerjanya
berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk
tabung
orang-orang Yahudi.


Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para
Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah
terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam
oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.


PLEZ FOWARD...
HARI NI X DE LOYOR2 BURUK. NI BETOL2. BUKAN MAIN2.





pesan ungkep:BUKAN SEMUA KURMA TU DARI ARAB. HATI2 DALAM MEMBELI

Monday, August 17, 2009

Aku kena tag le pulakkkk

sebelum aku menceceh lebih panjang. ni aku kasi tgk gambo kucing aku plg cantik


asalamualaikum.....

Aduiii...rasa malas bangat nak jwb tag2 ni. psl aku x pernah ngeTAG pon. Tapi ngenangkan bibik aku yg sorang ni., aku gagahkan gak jari aku ni. padahal bukan takat otak dah tepu, air liur pon dah melelh keluar sendiri psl dah letih sgt. so buat dak aspa, ko tgk je le. klu boleh dpt manafaat ambik. klu dpt unsur2 khurafat buang. klu ada dpt kebaikan berlipat2. baguz2. jgn dok kata aku x pandai jwb TAG. le ni aku x pakai pon SMART TAG.






1)-Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
--> nak kena bagitau ke. klu ada berani tanya le madam aku!!

2)-How did u feel when u woke up this morning?
-->aku rasa cam nak jadi bosss yg plg baik didunia. x nak kasi keje byk2 kat bibik.(suke le dak aspa tu)

3)-Who was the latest person/people u took photo?
-->of coz anak2....

4)-Would u consider ur self spoiled?.
-->klu psl spoil2 ni dak aspa mmg geram je kat aku ni...

5)-Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?.
-->ntah le.....dolu2 nya citer malas nak ingat.

6)-Do u want someone to be dead?
--> sape le aku nakkan org lain/makhluk mati. aku doakan semoga kita hidop berbahgia.

7)-What does ur last text message say?
-->"miss called" ....ini tentu dari bini aku. nak jimat

8)-What are u thinking right now?
-->x lama lagi puasa. HINI x abis2 lagi, pilihanraya kat permatang pasir, nak basuh kete, nak basuh baju....eiiii byk bangat yg aku fikir oiiiiiiiiii

9)-Do u want someone to be with u right now?
-->nak bangat....dak aspa duduk bawah .kat kaki aku. kasut aku ni lama bebenor x lap. kilat2 sikit.

10)-What was the time u went to bed last night?
--> aku mmg tidoq lin kul 10 mlm. abis nak wat apa lagi. MENGKUREP leeeeeeeeeee

11)-Where did u buy the tee(t-shirt) u are wearing now?
--> aku keje opi mana pakai t-shirt oiiii. tapi t-shirt terakhir aku beli 3 bulan lepas kat JJ. (aku tunggu time oper je..jimattttttttttt)

12)-Is someone on ur mind right now?
-->bini dan anak2, mak, adik-beradik, mertua, ipar duai, sepupu sepapat, ayam itik, kucing aku.....x tersebut aku , byk lagi..pokok2 kat kg tu...

13)-Who was the last person who text?(tag) u?.
--> dak aspa....tapi aku rasa si lat pon ada TAG aku....nanti lat aku dok ingat2 ...klu aku lupa ko ingatkan aku le, lat yeeeeeeeeeeeee

14)-10 lucky person to do this tag?
--> yg mmg sayang dan anggap aku ni kawan dia....sila le jawab. x baik tau x ngaku kawan...



berehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. abis gak. dah puas hati ko aspa...
klu aspa sibuk tahap cipenzi..aku sibuk tahap sampai x sempat cebuk....nasib baik ada bibik yg baik hati


pesan ungkep:AKU MAKIN MALAS NAK MASUK MO DAN MASUK UMAH AKU SENDIRI. huarghhhhhhhhhhhh

Thursday, August 6, 2009

SESEKALI DIUJI....

ASALAMUALAIKUMMM

Lamanya nya aku x update umah aku ni. Nasib baik perompak yg itu hari x masuk. Byk gak harta yg aku tinggalkan kat umah ni. Aku rasa perompak tu dah x berani datang. aku dah Sumpah, saper berani masuk umah aku tanpa kebenaran...
dia akan mengidap penyakit KENTUT sampai mati. huuuuuu aloooo...cam ne tu. so beringat2 le sblm menerjah kat umah aku ni.
apa le yang aku merepek meraban ni. sebenor2nya. aku tgh x sihat ni. dah 2,3 ari dah. smlm dah g klinik. HA kata aku ok je. x demam. Yang aku musykil badan aku rasa bisa2. lutut aku ni sengal bangat. x leh nak duduk lama2. sakit yg sukar digambarkan.
Agak2 aku ni sakit apa aghhhh. ni nak tulis pon rasa x daya. tapi aku gagahkan juga demi kawan2.

okla aku dah x larat dah. doakan aku moga cepat sembuh. KALAU UMOQ AKU PANJANG KITA BERSUA KEMBALI. Klu x sedekahkan AL-FATIHAH byk2 kat aku.
bye.Wasalam.













pesan ungkep: JAGA DIRI. SEKARANG MUSIM PENYAKIT

Thursday, July 16, 2009

JANGAN TIRU AKSI INI

AGAK2 KORANG KALAU G ZOO, tetiba ada benda raba macam dlm gambo ni. macam mana.

aku rasa ni bukan dak aspa punya BELAAN. Tapi mcm pernah aku nampak. Tapi di mana yea.
Klu benda tu raba aku cam tu. Gerenti aku FIRE mcm otromen. Tapi benda tu nak ke kat aku ni. Selalu nya dia cari pompuan je. teman dia kat sebelah boleh tergelak beso tgk kawan dia buat keje x senonoh. Report kat pejabat agama. x pon dekat BP kat umah saper.....aku ingat umah dak AS...... Kat situ mmg dikumpulkan spesis jenis ni.
Mana pegi ketua dia. yg aku komfius x nampak pon muka tuannya.
Ahhhhh..entah2 mmg tuan dia yg suruh. ooooo psl gaji x cukup, so dia ambil le gambar candid. Lps tu jual . Dapat gak hasil. Bijak2....
Tapi kekawan aku jgn tiru mcm benda ni buat. Tapi tiru mcm tuan dia punya otak. Otak bisnes tu. Untung ooooo.
Entah apa2 le aku ni....saja. Aku kena stanby kat opis sampai 10 mlm. Tu yang merapu meraban ni. dah le....nanti bos aku nampak lak.....
Malam jumaat....takut campur bedeborrrrrrrrrrrrrrr




pesan ungkep:

Monday, July 13, 2009

KISAH JIRAN LAGI

Assalamualaikum

Korang ingat kisah jiran aku yg aku cerita kat cni.

Itu hari , waktu malam. aku balik surau dgn anak2 aku. Tiba kat depan umah jiran aku tu dia tahan aku. Aku suspen gak. Aku bagi salam. Dia jawab salam. Dia suruh anak2 aku balik dulu. Belari le along dan angah masuk rumah.

Aku pon tunggu je atas moto. Dalam hati aku tertanya2 gak. Apa le pakcik ni nak cakap. Untuk maklumat, dia panggil aku abang. Aku dah sah mmg panggil dia abg. Psl umoq dia dah pencen pon. Tapi aku helan nape dia panggil aku abg.

So, dia buka bicara, jgn marah psl dia nak cakap psl budak2 main bola.( adui dlm ati aku, x abis2 lagi....). Dia kata dah belah bola budak2 2 biji. Dia x nak nanti bola anak aku pula dibelah nanti. Aduiiii aku dah mula nak naik darah. Tapi psl aku fikir2 kan balik aku baru balik surau. So kena tunjuk baik. Aku bagi dia can cakap sampai puas. Korang nak tau aku naik bosan tunggu. Bukan apa dia cakap benda yang sama.

Last2 dapat gak aku peluang mencelah....
1. Aku cakap aku pon duduk tepi taman, aku gak ada tanam pokok2 kat tepi tu. Aku kata aku x kisah klu pokok aku kena bola. Pada aku bior kita rugi didunia, tapi kita untung diakhirat.

2. Aku cakap Rasul Kita pun sayang dengan budak2. Baginda sanggup lakukan apa jua untuk mengembirakan hati kanak2.

3. Aku kata court tu sebenornya untuk bola tampar. Cuba abg bayangkan jika budak2 main bola tampar. lagi teruk bola melantun kemana2.

4. Aku kata anak2 aku baru umoq 8, 9 tahun. kuat mana le tenaga yg ada utk sepak bola kuat2.
sebenornya dia marah kat budak2 beso dari taman sebelah yg dtg main dgn ank2 aku. so aku kata kat dia, abg jaga le masa budak2 tu main bola. marah kat yg beso tu jgn campur dgn kanak2.

5. Aku kata aku kecik hati kat bini dia psl perkataan BODOH ari tu. anak aku pon dok komplen pasal bini dia.

6. Aku kata aku nak idop berjiran dgn semua org. Aku x nak masam muka. Saper tau esok lusa ajal aku sampai. Abg gak yang akan tolong uruskan jenazah aku. Dia terdiam.

7. Aku x de kuasa nak tahan naluri anak2. Mmg fitrah budak lelaki suka main bola. x kan nak suruh main buaian.

8. Aku kata tanah abg sebenornya dalam kawasan umah je. Yg tepi jalan tu bukan kita punye. Gomen punye. So apa hak kita nak larang org lain main kat taman tu.

9. Aku kata aku lebih rela anak aku main bola kat taman tu. Daripada aku belikan basikal dan anak2 merayau x tentu hala.

Itu le antara yg aku cakp kat jiran aku tu. Dia pon celah2 gak tapi benda yang sama gak dia sebut,"Itu le abg minta kerjasama anak2 abg main bola kat depan umah atau dalam umah. Jgn sampai bola kena kete dan pagar saya nanti saya belah."

Last2 aku kata aku hanya buleh awasi anak aku time aku ada kat umah. Masa aku x de. Aku minta maaf. Dia pon minta maaf takut aku marah dia psl tahan aku. Aku kata aku patut terima kasih kerana mengingatkan aku.


pesan ungkep: Hidup berjiran byk dugaan

Tuesday, June 30, 2009

AKU KECEWA

ASALAMUALAIKUM

Mood aku ari ni bercampur baur. Sejak petang semalam lagi.
Sedih, marah dam macam2 lagi.
Pagi ni lagi teruk......
Rasa x nak duduk dalam bilik aku ni je.

Entah le.......
Mungkin ini salah satu dugaan yang perlu aku hadapi dalam dunia pekerjaan.
Hanya yang aku mampu lakukan...
'YA ALLAH KAU TETAPKANLAH IMAN HAMBAMU INI. KAU JAUHKAN AKU DARI PERILAKU YANG TIDAK KAU REDHAI. KAU HINDARI AKU DARI HASUTAN IBLIS LAKNATULLAH.....'

Dah itu aje catatan aku pagi ni. Aku tgh sdih2 bangat.



pesan ungkep: Aku x mampu mengubah sesuatu secara lisan. Aku hanya mampu mengubah didalam hati dan berdoa.

Monday, June 29, 2009

TOLONG AKU BANTU AKU...

Sejak umah aku di masuk orang ni, aku jadi malas lak nak up date umah aku ni.
entah leeeeeeeee. aku rasa orang yang masuk umah aku tu bawak makhluk halus yg nyebabkan aku jadi pemalas.
asyik nak ngeliat je, aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...ngantok memanjang...
nak buat cam mana ni.
tapi dalam ketidaklaratan aku ni, aku nak cerita sikit psl barangan made in CHINA.
tq le sesaper yG email kat aku psl COLGATE. tapi baru2 ni aku g MYDIN MITC (aspa suka tempat ni). aku beli LADY CHOICE...tiba umah aku tgk made in china....cam ne 2. halal mmg halal. tapi bukan halal oleh JAKIM.
aku confuse betol le....yg jual premis islam lak tu.
entah le...
la ni aku jadi very sensitif beNdak alah ni. semua barang yg aku beli aku tgk dulu dari negara mana.
itu je yg aku buleh wat untuk family. klu x, aku bagi barang yg shubahah kat mereka.
bagi kawan2 yg ada maklumat bagi tau le kat aku.
bior aku rugi di dunia, jangan aku diseksa di akhirat.
byeeeeeeee.(dlm keadaan menguap)





pesan ungkep: rajin2 le membaca lebel pada barang yg dibeli.

Wednesday, June 24, 2009

shuttt!!!!.....perompak datang!!

ehehheh....High Five
Tn Rumah takde nie....so aku sbgai bibik kucing2 nyeKitty 1 dgn ini sesuka hati sipot influenza lah meng "hapdet" N3 pink panther bos Buggieaku ni....bukan dia suroh pon..aku je memandai-mandai...pedulik hape aku dia nak silambam aku ke..nak kerat 18 ke..nak karen kan aku ke...janji aku dpt terjah dgn abg nash ahmad kat rumah dia ni..yg penting aku dah bg Salam..

Aku nampak derian kat dapor ko boss....aku belasah cukop2 tadi, manggis pon ado...hahahha...kucin2 ko aku dah kurong 8 ari tanpa bg makan...gasak la ko nak idopCat 16...tn ko balik kang aku wat2 la baikPetting..bg mkn 5x sehari...ahahahhaha.

Boss>>

sebenonye aku nak bg tau aku dah tepek kan kotak chat tu..cobe ko tengok ...uiittt!! bkn takat tengok jek...taip la sikit...buley ke tak buley?? masok ni dah 2 kali aku bg...ko ilangkan lagi bossss......siap!! Myden MITC tu aku fire.....hehehhe

eerr.....ape lagi ekk!!...Pouty

Dahhhh...
tu je ar aku nak bgtau...
link2 pon aku dah tambah...klu x pueh ati..bgtau segera sepantas mee segera cepat di masak lebih sedap di makannnn...betol2 hau liauuuu!!

ekkekek....tak leh lama2..otromen nak pergi bantu org dlm kesusahan...calowwwwwwwwwww

pesan ungkep: Ungkep pesan, dia soh kutip derma bg kat aspa dgn paling min RM20 sorang!